SI COMEL N KACAK SY ??

Thursday 8 September 2011

Perasaan yang telah lama ku pindam, telah menjadi kenyataan.. Namun, adakah penantianku terhadapmu , akan dibalas dengan mahligai bahagia ? Oh , Sufie sungguh aku katakan.. Aku amat rindu dan cinta padamu...
** ** **
Si teruna dan dara... itulah ciptaan tuhan ..,
Sarjan Muhammad Sufie bin Abdul Sufian dan Dr. Siti Suraya binti Muhammad merupakan dua orang pasangan yang amat bahagia... Mereka masih belum berkahwin.. Mereka dipisahkan oleh jarak , masa ,waktu dan tempat.. Namun, mereka tetap bersabar... Mereka hanya dapat bertemu apabila si teruna pulang ke kampung halaman apabila cuti.. Jika berjumpa pon , bukannye lame...Kerana si teruna terlalu sibuk dengan kerjanya..

Kedinginan bayu pada waktu malam telah menyelinap ke rambut si dara yang sedang bermenung ke arah bulan.. Si dara mungkin rindu akan si teruna kerana sudah beberapa bulan si teruna tidak pulang.... Tiba - tiba deringan telifon bimbit si dara berdering sambil memecahkan kesunyian pada waktu malam.. Terpampang di skrin , One New Message Recieve from .......
"sapelah mesej malam - malam bute ni ... ish... potong tol... "

“ eh, nombor sape pulak ni.. pelik je.. “ Si Dara bermonolog sendirian. Dia lantas menekan tombol untuk membuka SMS tersebut.sebut.
“Awak.. Sori sangat-sangat.. Sebab dah lama saya tak contact awak... Saya busy sangat-sangat.. Dua bulan lagi saya balik ye.. InsyaAllah, kite boleh berjumpe... Sayang, sayang jgn risau okey... Saya xkan tinggalkan awak.. Saya dah janji haritu kan.. Saya xkan kecewakan awak.. Kunci hati saya masih ada pada awak.. hurm.. =) <3 u .. miss 2 see your smile sayang... papai.. SUFIE shayang SURAYA sgt2!! “
“Ya Allah , Sufie... Rindunye Su pada awak.. Bila lah awak nak balik n tunaikan janji awak..” Si Dara bermonolog sendirian.. Itulah kata – kata yang selalu dia harapkan untuk didengari dari mulut si terun
Sejak di bangku sekolah lagi Sufie telah menyatakan hasratnya kepada Suraya untuk dia mengejar cita-citanya sebagai seorang Tentera Udara Diraja Malaysia . Namun sekarang. cita - citanya telah tercapai..
Sufie berasa amat gembira, namun, hatinya masih memainkan lagu kesedihan kerana amat merindukan kekasih hatinya yang bernama Suraya..

** ** **
Sufie sedang mengelamun di sebalik jendela pesawat C-130 yang di pandu oleh rakan sejawatnya Kapten Muhammad Shahikmal Khalid.

" hoi, ape kau pandang tu, sampai nk tembus tingkap tu.. kau rindukan si Su ye? kesian kau... tengok aku..(sambil menunjukkan cincin tunangnya di jari manisnya) ha.. aku dah buat ikatan dah dengan buah hati aku.. kau? kau ada??? hahahaha!!"
Sufie hanya memandang dan menjeling ke arah Shah yang asyik mengusiknya. "Alamak Sarjan kita marah la.. Dengar arahan saya, awak tidak dibenarkan bermasam muka kepada saya.!!"
Tersentak Sufie.. "Err.. Baik Tuan!"
"Saya ada satu tugasan yang paling berat untuk awak!"
gulp! Sufie menelan air liurnya. " Ha?! Tugasan apa Tuan??"
"Esok, awak pergi ke Melaka di Pengkalan Balak, kemudian cari seorang gadis bernama Suraya, kemudian melamar dia, supaya dia menjadi isteri awak, ini adalah satu arahan, ada faham!"
Berdebar jantung Sufie bagai hendak jatuh ke limpa.. haha
Sufie masih tercengang dengan kata - kata rakannya.
"Awak faham ke tak? Ini adalah satu arahan! "
"err,.. Baik Tuan! " satu tabik hormat di berikan kepada kaptennya..

** ** **

"Eh... kenapa ni? Jantung aku berdebar - debar? huh.. Rileks Su, rileks.. " Su bermonolog sendirian.. "oit, cakap sorang2.. gile betol.. gile kan Sufi la tu.. hehe " Terkejut Su , tiba - tiba kakaknya menegurnya.. "eh, kak, bila sampai? Tak dengar bunyi kereta pun."
Suria menepuk Suraya, "apalah adik ni, akak balik malam tadi lah dengan abang ipau kau tu.. C Faez tu ha, membuta tak reti - reti nak bangun."
"ala akak ni, abang penat la tu baru balik dari Jerman , berbulan madu lah katakan.. huhuh"
"hah, Si Sufie kau tu ape cerite?"
"hurm, dia? dia okey je.. hurm.. "
"kau rindukan dia ye?"
"Mestilah kak, dah lama dia tak balik sini, dia kata, dua bulan lagi baru dia nak balik.. hurm... "
" tak perlulah kau risaukan dia, esok lusa dia baliklah."
"hish, akak ni dah dia kata , dua bulan lagi, dua bulanlah adik kena tunggu dia.. "
hish...
** ** **
“ Assalamualaikum.. Ooo Assalamualaikum!!” kedengaran suara En. Abdul Sufian, ayah Sufie..
“Wa’alaikumsalam, eh, Pian.. Segak naw engkau hari ni berbaju melayu. Nak pergi mana ramai – ramai satu keluarga ni?” tanya En. Mohammad, ayah Suraya.
“Ha , kami ada hajat ni . Itu yang kami datang bawak rombongan ni.”
“Rombongan?!”
“Eh. Mat, janganlah terkejut.”
“Apa bising- bising ni bang? Eh , Pian, mari le masok.. Apelah abang ni, orang tu datang punya la lama, abang tak ajak masuk. Ish, ish, ish..” Puan Zaiton membebel sambil tangannya di cekakkan di pinggang,..
“ Ha, jempotlah duduk.. Suraya, oh Suraya, pergi bancoh orange juice kat tetamu kita ni..”
“Apelah mak ni, siap nak bancuh air oren..huh..” Suraya mengeluh.
“Eh, budak ni, mengeluh pulak die, pergi bancuh cepat” Suria menasihati Suraya..
Di ruang tamu rumahnya..
“Ha , apa hajatnya Encik Pian dan keluarga datang ke rumah kami yang tak seberapa ni?” Soal ayah Suraya.
“Besar hajat kami ni, Mat. Kami datang ni nak menyunting bunga yang ada kat taman rumah ni, untuk kumbang yang telah lama memendam perasaan pada si bunga tu .”
“Eh, ko ni Pian berlapik pula bicaranya, terus terang lah sikit.”
“Aku nak pinangkan anak kau, dengan anak aku!”
“Ha?! Suria kan dah kahwin. Apelah kau ni..”
“Bukanlah, yang lagi sorang tu, Si Suraya.”
Tiba – tiba Suraya, datang sambil menatang dulang untuk diletakkan di atas meja.
“Suraya, mari duduk sini kejap.” Panggil En. Mohammad.
“Baiklah abah.”
“ha, Suraya lah. Amacam? Su setuju ke tak?” tanya En. Sufian.
“ Setuju apanya pak cik?”
“Susah sangat lah kamu ni, sebentar ya.. Sufie!! Sufie!! mari masuk nak.”
Ha?! Sufi, apa dia buat di rumah aku ni? Kata dua bulan lagi nak balik? Kenapa ni? Siap rombongan ni? Adakah.. ah.. jangan berangan lah Su...Bisik hati Suraya.
“Assalamualaikum, boleh saya duduk?” Sufie sungguh segak dengan mengenakan baju batik berwarna biru, seluar sleck berwarna hitam dan kaca mata. Sufie ni rabun orangnya. Sufie terus bersalaman dengan En. Mohammad dan isterinya serta Faez.
“Ha, Sufie, ayah rasa, lagi elok kau luahkan isi hati kau tu.”
Mata Sufie melilau mencari Suraya.. Mana sayang aku ni.. ha.. adapun..Bisik hatinya.. “Sebenarnya... err..Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim.... Saya...saya... ingin melamar Suraya untuk dijadikan isteri dunia dan akhirat saya. Adakah Suraya setuju untuk menerima lamaran abang?” Sufie meluahkan isi hatinya yang telah sekian lama terpendam di dalam lubuk hatinya yang amat dalam sekali , tanpa rasa ragu- ragu lagi. Sambil mengeluarkan cincin belah rotan dia melutut di hadapan Suraya.
Suraya bagaikan mahu pengsan pun ada, nak jerit pun ada, nak menangis pun ada. Suraya hanya senyum dan menundukkan kepalanya yang dilitupi dengan tudung berwarna putih.. Kemudian, Sufie meletakkan cincin di atas meja berhampiran dengan Suraya.
“Kata orang, kalau senyum itu setuju, maknanya Su setujulah” kata En.Sufian..
Mereka saling bersalam – salaman dan berbual mengatur majlis tersebut.. Tetapi, Suraya dan Sufie telah pergi keluar rumah.
** ** **
Kicauan beburung kecil menerpa mesra indahnya tiupan angin sumatera membasahi gigi –gigi air yang ketandusan arti.Kelihatan sang raja udang berlabuh di atas jejaring rendang pohon2 ditepian pantai di bandaraya bersejarah ini. Di sebuah pohon rendang yang ditiup bayu sederhana berdolak dalik kekiri dan kanan dengan liuk lentoknya kelihatan Sufie dan Suraya melabuhkan punggung mereka dibangku kecil sambil memerhati si camar menerpa ke lautan mencari rezeki. Menikmati tiupan bayu senja yang membuai jiwa mereka yang kian bercampur baur. Menahan gelodak jiwa yang kian membadai.
“Su, terima kasih, kerana Su sudi menerima lamaran abang.” Sufie bersuara.
“Mestilah Su terima, Su rindu sangat sangat kat abang.. Dah lama kita tak berjumpa.. ” keluar air mata Suraya yang jernih bagaikan mutiara..
Sufie terkejut melihat gadis yang dia cintai dan dia sayangi telah mengalirkan air mata disebabkan dia..
“ Su, tak mau nangis nangis , tak comellah sayang abang nanti..”
Sufie mengelap air mata Suraya dengan sapu tangannya. Suraya menjeling ke arah Sufie.
“Eh, menjeling pula dia , juling biji mata kang.”
Suraya ketawa perlahan.. hahaha
“Ha, senyum pun sayang abang ni.. Sayang....”
“Ya bang, kenape??”
“err.. boleh abang pegang tangan Su yang putih lagi gebu tu?”
“Maaflah bang, kita masih belum ada ikatan yang sah, Su tak boleh beri apa – apa kepada abang, kecuali sebuah senyuman, nanti kita kahwin, semua abang boleh pegang”
Mata Sufie menjeling gatal ke arah Su sambil memandang susuk tubuh Su yang agak berisi itu..

“Apa abang pandang tu? Ish. Tak nak kawan ngan abang” Su memalingkan wajahnya ke arah laut yang sudah berwarna jingga akibat cahaya matahari senja.
“Eleh, kalau Su tak nak kawan tak pe.. Kita dah nak kahwin.. Jagalah Su nanti.. hehehe(Sufie ketawa jahat)”
“Ish, abang ni, dah lah, dah nak maghrib ni..”
“Nanti dulu , mana cincin tadi? Tak pakai pon?”
“Ada ni,.” Su menunjukkan kepada Sufie.
Sufie dengan pantas mengambil cincin tersebut, kemudian menarik tangan Su dengan pantas.. Tangan Su amat sejuk pada waktu itu.. Tapi, Sufie, hanya diam, dia tahu bahawa Su amat gementar waktu itu..
“Yes! Dapat jugak abang pegang tangan Su, lembutnya..Emm.... ”
“Lepas lah, bang! Ish, sia – sia dapat dosa lah..” Suraya cuba melepaskan tangannya dari genggaman Sufie yang erat itu. Tapi apakan daya, Sufie tidak mahu melepaskannya. Suraya hanya membiarkan saja..
“Eleh, tadi marah, ni senyap pulak.. Abang nak pakaikan cincin ni jelah, apalah sayang ni, abang bukannya nak buat pape pon pada Su, Ish, ish, ish. Wah, cantiknya cincin ni, hehehe..”
Suraya menjeling..“Eleh, padahal jari Su yang cantikkan?”
“Yelah sayang...” Sufie senyum..
“Tak reti nak lepaskan tangan Su ke? Dah merah dah tu”
“Alamak, sori, sori..”
“Adik!!! Masuk, dah maghrib, ajak Sufie masuk solat sekali kat dalam rumah ni, cepat!!” kedengaran suara Puan Zaiton..
“Hahahaha!! Adik!! Dah nak kahwin pun orang panggil adik” Sufie tergelak..
“Eh, awak ni, biarlah.. Dah, jom masuk, nanti mak bebel”
“Yelah awak... Jom, masuk rumah kita.” Sufie menarik tangan Su..
“Eh, apa ni? Bila masa jadi rumah abang pulak? Pegang – pegang tangan orang pula tu.. Abah nampak nanti, padan muka awak kena ketuk and kene reject tak boleh jadi menantu..hahaha..”
Sufie terus melepaskan genggamannya dan membuat muka ala – ala gentleman konon.. Mereka terus masuk kerumah seperti tidak ada apa- apa yang berlaku antara mereka..

** ** **

Kelembutan bayu meniup tudung Suraya yang melitupi kepalanya. Tudungnya melambai – lambai lalu mengusap lembut wajah Sufie yang berdiri di belakang Suraya.
“Emm.. Ayu sungguh wajah bakal isteri abang memakai tudung, bagaimanalah rupa awak apabila tidak memakai tudung ya? Teringin pula abang hendak melihatnya” Sufi bersuara dibelakang Suraya dengan nada yang lembut .. Suraya terkejut lalu memalingkan wajahnya ke belakang...
“Eh , abang.. Apa yang abang katakan tadi?”
“Err.. tak da papelah Su.. hehe” Sufie takut hendak memberitahu perkara sebenar, nanti Suraya mula membebel tak berhenti – henti pula..
“Ish abang ni, tak da pape pula.. Erm, abang nak tau tak? Sepanjang abang tidak ada di sisi Su, sering menghidap satu penyakit ni... Su pelik sangat, time abang ada, Su tak sakit pula..” Su senyum sinis.
“Ha?! Pelik je penyakit tu?Ha.... Abang rasa abang taulah apa penyakitnya, penyakit rindu kan? Nakal ye Su kenekan abang?” Sufie mencuit hidung Suraya..
“Eh, apa pulak kenakan abang? Memang betullah.. Ish.. Su tau lah abang tak rindukan Su...” Su memonyokkan mukanya..
“Alalala... Mestilah abang rindukan Su, kalau tidak, abang takkan pulang ke sini dan hantar rombongan meminang lah sayang.. Su tau tak, kalau abang naik pesawat , abang nampak awan tu, macam muka Su taw..”
“hahaha. Tak agak – agaklah abang nak tipu Su..”
“Hehehe.. Bukan selalu dapat bergurau dengan Su..”
“Abang, macam tak percaya je kan, hubungan yang kita bina selama 9 tahun, berakhir dengan ikatan yang sah.”
“Erm, awak ingat tak masa kita jumpa kat Muka Buku dulu? Awak yang tegur abang dulu, tak malukan awak?”
“Eleh, kalau Su tak tegur abang, abang terus menunggu je lah kekasih lama abang yang entah hilang ke mana tu.”
“Hurm..... Su kisah lama tak usahlah di ungkit kembali la sayang.... Karang, hati abang mencari “dia” kang, Su yang sedih. Huh.. Tapi yang penting hati abang milik Su untuk selama – lamanya!”
“Maafkan Su ye bang, Su janji takkan ungkit lagi pasal tu..”
“Hurm, sayang Su..” Sufie tersenyum gembira.
** ** **
Sufie mengelamun di atas katilnya yang berjenama King Koil.. Em.. Empuknya tilamni.. Bilalah sebelah aku nak ada teman..Suraya, Suraya.. Sungguh indah dimata, lagi menawan di hati abang.. Cinta abang untuk Su, memang ikhlas dari lubuk hati abang. Tapi, kenapa Su suka menduga hati abang dengan mengungkit kekasih lama abang? Adakah Su sengaja , ataupun Su masih sakit hati dengan cerita yang telah abang ceritakan sewaktu ketika dahulu? Oh.. Tak mungkin tak mungkin.. Yang penting aku akan kahwin ngan Su dan Su akan menjadi matahari abang yang akan menyinari hari – hari abang.. Abang janji, abang takkan lukakan hati Su.. Abang sayang sangat – sangat kat Su..Doa abang dimakbulkan Allah..Terima kasih Ya Allah... Bisik hati Sufie..
** ** **
(13 tahun yang lepas.. sewaktu mereka berumur 11 tahun)

“Ma....mat`!! Ma...mat!! . Hahahaha!!! Nama bapak macam name Pak Mat jual telor!!Hahaha” Sufie mengejek ayah Suraya.
“Hahaha!! Jahatlah kau Pian!! Eh, kau ejek nama bapak Su, nama bapak kau pun same lah !! Macam mat gian tu.. HAHAHA!!! Dah la Sufie, kesian awek aku ni lah... hehehe” Mikael mengenakan Sufie..
“Ish, dah la korang ni.. Tah ape – ape je...Mika, tak inginlah aku jadi makwe kau , kau dah lah otak tiga suku.. hahaha!!” Suraya bersuara..
“Ah! Memekaklah kau Mat. Amek ni!! HAHAHA!!”Sufie membaling botol ke arah Suraya, lalu terkena kepala Suraya..
“Sakitlah gila!! Kau ingat kepala aku ni bapak kau beli ??!! Jagalah kau!!” Suraya mengejar Sufie sambil memegang penyapu rami kelas mereka, 5 Angkasa.
“Eh, janganlah pakai penyapu, sayang.. Mak kata tak elok. Nanti jadi bodoh .” Sufie menghalang Suraya dari mengetuknya dengan batang penyapu tadi.
“Oh.. Tak elok ya? Kau baling botol kat kepala aku elok pulak ek? Aku tak kira! Nah amek kau! Hahaha!! Sedap kan?” Suraya mengetuk badan Sufie dengan menggunakan batang penyapu tadi.
“Aduh.. Sedaplah Su.. hehehe” Sambil mengusap belakang badannya yang sakit..”
“Sedap ya? Hahaha.. Sudahlah.. Malas nak layan kau..” Su mencampak penyapu rami ketepi..
“Siapalah si teruna malang yang akan jadi suami kau kan? Kau garang bagaikan singa.. HAHAHA!! Habislah laki kau kena bantai hari – hari dengan kau. Hahaha!!”
“Ish, kau ni kan, memang melampau!” Su terus mengejar Sufie.. Mereka berkejar – kejaran sehingga ke depan pejabat. Tiba – tiba.....
“Muhammad Sufie bin Abdul Sufian!! Siti Suraya binti Muhammad!! Mari sini awak berdua!” Ustaz Hafiz menjerit sambil menghayun – hayunkan rotannya..
“Err... Baik cikgu.. Kau lah ni.. Sufie.. Ish...”
“Kau lah Su.. Main kejar – kejar aku pulak.. Ish, tak pasal – pasal kene rot.......”
“Apa lagi korang mesyuarat tuh? Sini!! Cepat!”
Semua mata pelajar SRA JAIM Pengakalan Balak hanya memandang kepada mereka berdua. Sufie dan Suraya ni memang popular di sekolah dengan kedegilan mereka. Namun, pelajaran mereka adalah terbaik dan cemerlang..
ZAPP!!! ZAPP!! Kedengaran, bunyi rotan Ustaz Hafiz yang ketagih dengan tapak tangan mangsanya..
“Ini amaran yang terakhir untuk kamu berdua, Ingat! Main kejar – kejar macam budak – budak darjah satu. Dah besar nanti korang kahwin, baru padan muka.”
“Ish. Ustaz ni, taknak lah saya kahwin dengan perempuan yang garang macam singa ni.”
“Ish.. Dia yang kacau saya dulu, ustaz.”
“Dah- dah nak makan roti saya lagi ke?!” Ustaz Hafiz menjukkan rotannya.
“Oh, terima kasihlah jelah ustaz. Saya dah kenyang.. Lain kali jelah ye.. Assalamualaikum ustaz..” Sufie terus lari sambil menarik lengan baju Su..
“Eh.. Hurm.,” Su senyum tanpa berkata apa- apa..
Kenapa jantung aku berdebar – debar ni? Ah.. Penat agaknya..huh.... Bisik hati Suraya..

** ** **
“Hurm.. Abang baru je balik sini seminggu.. Ni dah nak balik ke Kuantan dah.. Rindu Su pada abang masih belum terubat lah..” Su menunduk.. Menghalang Sufie melihat air matanya yang mengalir...
“Su... Su pandang abang..”
Suraya mengangkat wajahnya.. Air matanya telah mengalir laju apabila melihat wajah lelaki yang dicintainya.. Rindu yang telah Su pendam selama bertahun- tahun , masih belum terubat lagi. Namun, Muhammad Sufie yang dicintainya, akan meninggalkannya sekali lagi.. Sampai bila dia akan memendam rindu? Jika sudah berkahwin , pasti Sufie akan meninggalkannya juga.. hurm... Hanya Allah sajalah tempat Suraya mengadu dan dia hanya mampu berdoa kepada Allah s.w.t..
“Suraya, maafkan abang.. Abang janji walau ape pon yang berlaku. Su tetap di hati abang.. Nanti hujung bulan Mei abang balik lah ya?” Sufie menahan sebak ..
“Hurm.. Yelah bang.. Su rindu sangat – sangat kat abang.. Dah lah masa sekolah menengah, sekolah lain- lain.. Abang pulak jarang balik.. Tak ke Su rindu gila kat abang? Tapi, alhamdulillah berkat rindu Su pada abang membuak – buak.. Su lagi bersemangat nak belaja bersungguh- sungguh.. Yelah.. Abangkan budak MRSM Muadzam Shah.. Su ni budak sekolah biasa je.. Mane lah tau boleh dapat masuk MRSM abang tu ke.. Tapi, lepas dapat result PMR.. Su, pikir.. Lebih baik kita tak sama sekolah.. Kalau sama sekolah , mesti Su sakit hati tengok abang dengan perempuan lain. Abang kan peramah .. Dahlah dulu banyak gamba abang dengan..........”
Sufie memotong kata – kata Suraya “Dahlah Su , kan abang kata tu semua kisah lama.. Yang penting sekarang ni, kita mulakan hidup baru ye Sayang.. Tak lama lagi kita akan kahwin, dan kita akan dapat anak.. InsyaAllah..Su.... Su janji dengan abang, kalau Su sayangkan abang, Su jangan ungkitkan semua cerita ni. Okey, sayaang?”
“Yelah bang, Su janji... Tapi, Su risaulah.. Abang ni dah la handsome.. Jadi tentera pulak tu.. Tak ke ramai perempuan tergila – gilakan abang?”
Hehehe... Memang ramai perempuan yang tergila – gilakan abang.. Bisik hati Sufie..
“Heehehe... Erm... Su , Su jangan risau ye sayang? Walau apa pun yang berlaku .. Hati abang tetap milik Su.. Cinta abang untuk Su adalah tulus dan ikhlas dari lubuk hati abang. Ha.. Su pun sama, kalau pesakit Su lelaki, jangan pula bagi dia ambil kesempatan ke atas Su ya.. Okey Dr. Suraya?
“Baik, Sarjan! Segala arahan akan saya patuhi”
Sufie terkejut.. Lalu, mereka ketawa gembira.
** ** **
Hari berganti hari. Bulan berganti bulan. Detik perkahwinan Suraya dan Sufie hanya tinggal dua hari lagi. Segala persiapan hampir siap dengan sempurna. Majlis Akad Nikah akan dilaksanakan di Masjid yang berdekatan.. Sufie dan Suraya tidak dibenarkan berjumpa kerana ibu bapa Suraya terlalu mengikut adat keluarga mereka. Suraya dan Sufie sering curi – curi jumpa pada waktu maghrib di surau kampung mereka.
“Abang... Abang...” Suraya memanggil Sufie yang sedang mencari – cari dengan nada yang perlahan..
Sufie memandang dan terus senyum. “Ha.. Su.. Lama abang tunggu... Ingatkan, Su taknak datang tadi.”
“Ish. Abang ni... Apelah.. Abang, sekejap lagi, ada malam berinai. Abang nak berinai jugak ke? huhuhuh“
“Nak tu memang la nak sayang. Masalahnya.. Adat keluarga awak tu yang menghalang kita daripada berjumpa. Esok pagi ya kita berjumpa di masjid.. huhuu.. Tak sabar pulak abang.”
“Ish abang ni.. Abang, jangan menggatal dengan mak andam taw esok.huhu..”
“hahaha.. Tak akan lah sayang.. Dengar – dengar tadi, mak andam tu mak nyah.. hahahha”
“ye ke? Huhu.. Tak taulah pulak Su. Huhu”
“Su, dah nak azan Isyak ni, mari abang hantar Su balik.. Nanti papehal jadi kat Su.. Melepas abang.. huhu”
“huhuhhu.. Yelah abang.. Jom”
** ** **
Azan Subuh tidak lama lagi akan berkumandang. Namun, Suraya tidak tidur kerana dia baru sahaja selesai menunaikan Solat Hajat dan Solat Tahajud. Beruntunglah Sufie dapat isteri seperti Suraya. Melepaslah Haikal...
“Adik? adik? Tidur ke?” Pn Zaiton bersuara di sebalik pintu bilik Suraya
“Taklah mak” Suraya membuka pintu..
“Ya Allah, tak mandi lagi.. Ni kenapa baju berdarah ni? Hidung berdarah lagi ke?”
“huhuhu.. Nervous ni mak, semua nak terkeluar. Huhuhu.. Macam tak biasa pulak mak ni.. “
“Ish.. Sudah.. Pergi mandi cepat. Sekejap lagi, mak andam sampai.”
“Yelah mak..”
** ** **
Selesai sahaja mandi. Suraya terus memakai baju akad nikahnya.. Bajunya seperti jubah.. Ala2 Arabian gitu.. Jubahnya Berwarna putih dan bersulamkan benang yang berwarna emas.. Suraya berasa amat puas hati dengan pakaiannya.. Apabila mak andam sampai, Suraya di andam begitu cantik. Dia mengenakan tudung berwarna putih yang bertatahkan labuci – labuci berwarna emas.. Suraya juga telah memakai purdah yang berwarna putih . Suraya berasa amat puas hati dengan pakaian tersebut..
“Wah , cantiknya adik akak.. Macam minah arab. Tak rugi Sufie memilih kau.” Kata Suria dengan rasa terpegun melihat adik nya..
“ Apelah akak ni.. Orang bedebar- debar dah ni”
“Hah.. Jom.. Naik kereta. Abang Faez kau bawak”
** ** **
Sampai sahaja disana. Suraya mencari lelaki yang bakal menjadi kekasihnya yang sah sebentar lagi.. Sungguh tampan Sufie berbaju melayu berwarna putih dan dipenuhi dengan sulaman benang emas. Sufie juga bersongkok dan tidak memakai kaca matanya.. Terselah ketampanannya dan telah menggugat iman Suraya...
Wah... Cantiknya bakal isteri abang.. Harini, di rumah Allah , kita akan mengikat ikatan yang sah berwalikan abah Suraya. Bisik hati Sufie..
“Saya terima nikahnya Siti Suraya binti Muhammad, dengan mas kahwin Rm222.20 beserta seperangkat alat Solat. Tunai” hanya satu nafas sahaja lafaz nikah Sufie
“Sah? Sah.. Alhamdulillah”
Akhirnya Siti Suraya telah sah menjadi isteri kepada Muhammad Sufie bin Abdul Sufian. Sufie bersalam dengan ayahnya, abah Suraya dan.. Mengucup dahi isterinya..
Selesai sahaja, Suraya dan Sufie pulang kerumah dengan menaiki kereta yang sama...
“Alhamdulillah.. Akhirnya impian kita menjadi kenyataan ye sayang?”
“Ya abang.. Syukur kepada Allah..”
Sufie membuka purdah yang dipakai oleh Suraya..
“Subhanallah... Lain sungguh ya muka Su apabila di andam?”
“Abang pun, apa kurangnya.. Cantik ya mata abang? Tergoda Su. Huhu”
“huhuhu.. Apalah sayang ni.. Kita sudah sampai lah.. Mari ke rumah abah.. Ayah abang pon ade tu..”
“Baiklah.. Jom.”
Pada jam 12 tengah hari.. Persandingan mereka telah diadakan dan amat meriah sekali kerana rakan – rakan Sufie telah berkawad semasa mereka sampai.. Suraya berasa amat gembira.. Majlis pada hari itu berjalan dengan lancar..
** ** **
(10 Bulan kemudian)
“Sayang.. buat apa tu? Marilah teman abang menonton televisyen ni..”
Haik. Senyap je.. Mana sayang aku ni? Hurm.. Sufie lantas ke bilik melihat isterinya..
“Ya Allah, kenapa ni Sayang?”
“Sakitlah bang..” Suraya memegang perutnya yang sarat mengandung..
“Ya Allah.. Abang dah nak jadi ayah. Jom Sayang! Kita ke hospital. Mungkin sudah tiba masanya.” Sufie terus mengendong Suraya dan terus dimasukkan kedalam kereta untuk dibawa ke hospital.
Sewaktu Suraya melahirkan, Sufie berada di sisi Suraya.. Sufie menggenggam erat tangan isterinya . Tiba – tiba satu tangisan bayi. Anak Sufie sudah selamat lahir ke dunia.. Tidak disangka – sangka ada satu lagi tangisan yang berbunyi.. Sufie berasa amat terkejut ,kerana dia telah dikurniakan dua orang anak sekali gus. Kembar tidak seiras.. Sufie terus mengucup kening Suraya dan mengucapkan terima kasih kerana telah memberinya anak.. Suraya hanya mampu tersenyum dan terus terlelap akibat terlalu penat.
Setelah Suraya dipindahkan ke Wad lain.. Jururawat telah membawa anak mereka untuk diazankan oleh ayahnya, Sufie. Sayup – sayup kedengaran azan yang dibisikkan di telinga kedua – dua anaknya. Tanpa Sufie sedari, air mata kegembiraannya mengalir dan Suraya terjaga.. Suraya menghapuskan air mata Sufie.. Sufie terus mengucup kening Suraya. Sufie memberi anak- anaknya bersebelahan dengan Suraya.. Suraya mengucup anak2 mereka..
Setelah beberapa hari.. Mereka dibenarkan pulang ke rumah.. Abah Suraya bertanya..
“Apa nama cucu pompuan Abah ni Sufie?”
“Nurul Shafiqah Aisyah binti Muhammad Sufie.. Laki pula. Muhammad Suhail Shafie’e bin Muhammad Sufie.”
“wah! Sedapnye name cucu Tok Abah ye? Huhu..”
Sufie bersyukur kepada illahi kerana dia dan isterinya , Suraya telah dikurniakan dua cahaya mata yang comel sekali. Terima kasih Suraya.. Abang sayang Su.. Semoga cinta kita berkekalan sehingga di syurga kelak ya.. Amin...
suke ? LIKE jer :)

0 orang nak tahu RAHSIA ekyn:

Post a Comment

ASSALAMMUALAIKUM..
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi larh ! hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
copyright@segala yang tercatat diatas semuanya Hak Milik AdiKiN N AiZaD